KUALA LUMPUR: Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kolaborasi dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata perkara itu dibincang dalam pertemuannya dengan Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao hari ini.
"China juga telah menawarkan kesediaan untuk menyediakan lebih banyak siri latihan, perkongsian pengalaman dan peluang pendidikan dalam bidang teknologi dan vokasinal khususnya kepada pelajar serta pekerja di Malaysia," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.
Ahmad Zahid berkata pertemuan itu turut membincangkan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei ini.
Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Liu diiringi Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing dan para pegawai kedutaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
Ahmad Zahid berkata perkara itu dibincang dalam pertemuannya dengan Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China Liu Jianchao hari ini. - Gambar fail/Bernama
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
AWANI Tonight: 30 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Google pledges RM9.4 bil investment in Malaysia
2. Improving Malaysia's approach to geriatric care
#AWANIEnglish #AWANINews
Negara Islam utamakan keuntungan ganggu usaha boikot - BDS Malaysia
Negara-negara Islam yang mengutamakan keuntungan ekonomi domestik menjadi punca usaha boikot terhadap ekonomi Israel sukar mencapai objektifnya.
Boikot hanya sehingga syarikat hentikan sumbangan kepada Israel - Pensyarah UIAM
Kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas.
AWANI 7:45 [30/05/2024] - Google labur RM9.4 bilion | Haluan salah sebab nahas | Beli buku yang disarankan
- Google labur 9.4 bilion di Malaysia, wujud 26,000 pekerjaan
- Kesilapan haluan punca utama tragedi helikopter TLDM
- Baucar buku RM100 diteruskan, tetapi ada garis panduan
- India panas melampau, rekod suhu lebih 50 darjah celsius
- Kesilapan haluan punca utama tragedi helikopter TLDM
- Baucar buku RM100 diteruskan, tetapi ada garis panduan
- India panas melampau, rekod suhu lebih 50 darjah celsius
Korea Selatan rancang mendarat di bulan pada 2032, kibar bendera di Marikh 2045
Yoon mengumumkan bahawa Korea Selatan akan berusaha merealisasikan projek angkasa lepas untuk menghantar kenderaan penerokaan angkasa lepas ke bulan menjelang 2032.
Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi sedikit ketika pasaran menunggu data inflasi Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan laporan indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) untuk April.
Bursa Malaysia ditutup rendah seiring prestasi serantau
Bursa Malaysia mencatat penyusutan kecil ketika mengakhiri dagangan Khamis, seiring dengan prestasi pasaran serantau yang lemah menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Boikot hanya sehingga syarikat hentikan sumbangan kepada Israel - Pakar
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Quran Sunnah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin berkata kempen boikot yang dijalankan ketika ini mesti bersandarkan kepada prinsip pemulauan yang jelas. Katanya, boikot terhadap syarikat-syarikat yang menyokong Israel ini mesti dihentikan selepas sumbangan kepada entiti zionis dihentikan. #DialogTigaPenjuru
Anda kini boleh label kandungan dijana AI pada Facebook, Instagram
Sistem Meta sendiri akan mengimbas mengikut pelbagai piawaian penjana kecerdasan buatan.
Fahmi jumpa pengendali platform media sosial di Singapura bulan depan
Pertemuan dibuat susulan tindakan Meta Platforms menurunkan hantaran berita media Malaysia mengenai pertemuan Anwar dengan Ismail Haniyah.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Ahmad Zahid ucap tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai PM Singapura
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan Lawrence Wong sebagai Perdana Menteri Singapura yang baharu.
Gelap mata untung lumayan, warga emas rugi RM412,500
Lelaki warga emas itu melakukan beberapa transaksi berjumlah RM412,500 kepada empat akaun berbeza baru-baru ini bagi menerima pulangan dan keuntungan berkenaan.
Anwar hulur bantuan kepada keluarga Pak Amjal aktivis awal reformasi
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan kepada isteri aktivis awal reformasi Jalaluddin Ab Manaf yang menghidap penyakit angin ahmar.
NRES rancang lestarikan industri plastik sekali guna elak pencemaran
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merancang untuk melestarikan industri plastik sekali guna menerusi satu peralihan yang seimbang dalam bidang itu.
Anwar harap terminal baharu LTSIP jana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan
Anwar Ibrahim berharap terminal baharu Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) fasa satu, yang mula beroperasi semalam, mampu menjana lebih banyak peluang ekonomi di Kelantan.